Kendaraan Tempur Baru Malaysia, LIPAN BARA


INDOSEJATI- Kendaraan Lapis Baja Lipan Bara, milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada masyarakat kali pertama dalam perayaan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, 31/8/2016.

Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) ini mampu me­ngangkut muatan hingga dua ton serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Aset terbaru ATM dengan keupayaan pacuan empat roda ini dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, peluncur granat 76mm dan alat amaran laser.

Lipan Bara yang dikeluarkan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pame­ran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016, di sini April lalu.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.

“Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” ujarnya kepada pemberita selepas me­nyaksikan acara perbarisan dan perarakan.

Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.

Sumber : Utusan.com.my

Postingan terkait: